GOOGLE TRANSLITE

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Selasa, 06 Desember 2011

Organ otak manusia



             
Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan echinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.

Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Gentian saraf menghantar isyarat dari otak dikenali sebagai gentian efferent. Gentian yang menghantar isyarat kepada otak dikenali sebagai gentian afferent (atau deria). Safar boleh jadi afferent, efferent atau campuran (contoh. mengandungi kedua jenis gentian).
Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.
Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan.
Diagram menunjukkan bahagian cerebral cortex dan serebelum manusia.
Kebanyakan fungsi dikawal oleh aktiviti penyelarasan otak dan saraf tunjang. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata.
Otak melalui peralihan dari sedar kepada tidur (dan subjenis bagi keadaan ini). Peralihan keadaan amat penting bagi fungsi otak yang betul. (Sebagai contoh, ia dipercayai bahawa tidur penting bagi penyelarasan pengetahuan, kerana neuron kelihatannya mengatur stimuli siang hari semasa nyenyak tidur dengan menembak secara rawak lalauan neuron yang terkini digunakan; tambahan lagi, tanpa tidur, subjek normal dipantau menunjukkan simptom menyerupai kecacatan mental, malah mendengar bunyi khayalan). Setiap keadaan otak dikaitkan dengan ciri-ciri gelombang otak.
Neuron adalah aktiviti sel otak yang memproses maklimat, sementara sel Glial melakukan fungsi sokongan. Sebagai tambahan kepada aktif secara eletrik, neuron sentiasa menghasilkan pemancar neuron (neurotransmitters). Neuron mengubahsuai ciri-cirinya (berpandu gambaran gen) di bawah pengaruh isyarat input mereka. Kemudahleturan ini menggaris dasar pembelajaran dan penerimaan. Ia penting bagi mengetahui bahawa sesetengah laluan neuron yang tidak digunakan (binaan yang menjadi terasing secara fizikal dari sel lain) mampu terus wujud lama selepas ingatan hilang dari kesedaran, kemungkinannya berkembang sebagai luar kesedaran (subconscious).
Kajian mengenai otak dikenali sebagai neurosains, biadang biologi bertujuan memahami fungsi otak pada semua tahap, daipada molekul sehingga psychologi. Terdapat juga cabang psychologi yang menumpu pada anatomi dan fisiologi otak, dikenali sebagai biological psychology. Kajian bidang ini menumpu pada setiap bahagian individu otak dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah-laku.

[sunting] Sejarah

Pandangan awal mengenai fungsi otak menganggap ia hanyalah sebagai pengisi tengkorak. Mesir Silam, dari akhir Kerajaan Pertengahan seterusnya, dalam penyediaan mummification, otak biasanya dibuang, kerana ia dipercayai bahawa jantung adalah apa yang dianggap sebagai terletakknya minda. Menurut Herodotus, semasa langkah pertama penyediaan mummifikasi, "Tindakan paling sempurna adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin otak dengan cangkuk otak, dan apa yang tidak dapat dicapai dengan cangkuk dicampur dengan dadah." Menjelang lima ribu tahun kemudian, pandangan ini terbalik; otak kini diketahui sebagai takhta kebijaksanaan, sungguhpun variasi pepatah (idiom) yang terdahulu kekal, seperti menghafal "dalam hati (by heart)".[1]
Pertimbangan pertama mengenai bidang psikologi datang daripada ahli falsafah purba, seperti Aristotle. Ketika para pemikir semakin memahami bidang penyelidikan bioperubatan merentasi masa, sebagaiman dengan kes pakar psikologi zaman pertengahan contohnya seperti Alhazen dan Avicenna, konsep-konsep psikologi percubaan dan psikologi klinikal baru muncul. Daripada situ, cabang-cabang lain psikologi muncul dengan setiap individu mencipta idea-idea baru yang berbeza serta ahli psikologi moden seperti Freud dan Jung menyumbang kepada bidang ini.

[sunting] Minda dan otak

Perbezaan antara fikiran dan otak adalah asas dalam falsafah fikiran. Masalah rohani-jasmani merupakan salah satu masalah pusat dalam sejarah falsafah. Otak adalah fizik dan jisim biologi terkandung dalam tengkorak, bertanggungjawab bagi proses neuronal elektrokimia. Fikiran, sebaliknya, terdiri dari sifat-sifat rohani, seperti kepercayaan, keinginan, penerimaan (persepsi), dan sebagainya. Terdapat hubung kait yang boleh ditunjukkan secara saintifik antara peristiwa rohani dan kejadian neuronal; persoalan dalam falsafah adalah sama ada fenomena ini adalah sama atau berkaitan dalam beberapa cara yang lain.
Kedudukan falsafah berkenaan masalah rohani-jasmani terbahagi kepada dua kategori utama. Kategori pertama adalah peduaan (dualisme), menurut mana fikiran wujud secara bebas dari otak. Teori Dualist seterusnya terbahagi kepada dualisme jisim dan dualisme ciri-ciri (property). Deskartes kemungkinannya merupakan dualist jisim paling terkemuka, manakala dualisme ciri-ciri (property) adalah lebih popular di kalangan dualists kontemporari seperti David Chalmers. Kategori kedua adalah materialisme, menurut di mana fenomena mental adalah sama dengan fenomena neuronal. Pandangan kategori ketiga, idealisme, mendakwa bahawa hanya jisim mental dan fenomena wujud. Pandangan ini, paling terkenal dipegang oleh ahli falsafah Inggeris abad yang ke-18 dan George Berkeley, hanya mempunyai sedikit pengikut masa kini.
Dualisme dan materialisme kedua-duanya berhadapan dengan cabaran falsafah serius. Dualisme memerlukan kita menerima bahan atau ciri-ciri bikan fizikal ke dalam ontologi kita, satu langkah yang meletakkan dualisme dalam konflik jelas dengan pandangan dunia saintifik. Materialisme, pula, perlu menyediakan satu penjelasan bagaimana dua jenis fenomena - rohani dan fizikal - boleh seiras. Cabaran ini dapat dilihat dengan mengambil kira bahawa fenomena mental itu telah ciri-ciri tertentu - terutamanya sengaja dan fenomena luar biasa - yang fenomena fizik itu tidak, dan seolah-olah tidak mampu, miliki.
                                                                                                                                                                     

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

RESERT POS

Get This Widget